Pusat Sebaran Maklumat Nasional Felda Air Tawar 5 merupakan fasa 5 atau di kenali sebagai fasa CBL Enhancement. Penubuhan Pusat Sbaran Maklumat Nasional Felda Air Tawar 5 ini merupakan satu inisiatif yang baik oleh kerajaan untuk komuniti di kawasan Felda Air Tawar 5 ini. Selaras dengan objektif kerajaan iaitu untuk merapatkan jurang digital serta meningkatkan sosioekonomi Komuniti Luar Bandar. Usaha ini juga di sambut baik oleh Pengurus Felda dan pihak JKKK . Pelbagai usaha dilakukan agar Pusat Sebaran Maklumat Nasional dapat di tubuhkan di Kawasan Felda Air Tawar 5.
Pada 9 Oktober 2014 Pusat Sebaran Maklumat Nasional mula beroperasi sepenuhnya . Bangunan yang dahulunya adalah sebuah balairaya , kini di jadikan sebagai sebuah Pusat Sebaran Maklumat Nasional yang menjadi tumpuan Komuniti di kawasan Felda Air Tawar 5 ini untuk mencari maklumat. Terdapat juga komuniti di kawasan Felda Air Tawar 5 ini yang tidak melepaskan peluang untuk mengikuti kelas dan bengkel yang telah disediakan oleh petugas.
Berikut merupakan gambar bangunan sebelum di renovate untuk dijadikan Pusat Sebaran Maklumat Nasional Felda Air Tawar 5





