Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal komuniti kami. Pusat Sebaran Maklumat Nasional merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd. NADI Felda Air Tawar 5 ditubuhkan pada Mei 2014.Bangunan asal Pusat Sebaran Maklumat Nasional ini adalah Bangunan Balairaya Felda Air Tawar 5, namun demi kepentingan penduduk kampung ini, Pusat Sebaran Maklumat Nasional ditubuhkan di bangunan ini.Akhirnya, penduduk kampung dapat memanfaatkan kewujudan Pusat Sebaran Maklumat Nasional ini
Pusat Sebaran Maklumat Nasional Felda Air Tawar 5 ini terletak 35 Kilometer daripada Pusat Bandar Kota Tinggi Johor. NADI ini boleh dimanfaatkan penduduk kampung yang terdiri daripada kalangan peneroka, penerokawati, generasi kedua dan ketiga serta orang awam. Pusat Sebaran Maklumat Nasional ini juga boleh dimanfaatkan oleh penduduk kampung sebelah iaitu Penduduk Felda Air Tawar 4 dan Felda Semenchu. Daripada hasil pemantauan, kewujudan Pusat Sebaran Maklumat Nasional di Felda Air Tawar 5 ini juga disenangi dan menjadi tumpuan utama penduduk sekitar kerana kawasannya yang strategik. Sebanyak 20 komputer disediakan untuk kegunaan penduduk. Selain itu,10 biji komputer juga disediakan sekiranya ingin mengadakan kelas atau kursus. Beberapa perkhidmatan lain juga disediakan bagi kemudahan penduduk setempat. Sebarang pertanyaan, boleh berhubung dengan staff
SEBARANG PERTANYAAN SILA HADIR DI PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) ATAU DI FACEBOOK DENGAN KATA KUNCI NADI FELDA AIR TAWAR 5