KEUSAHAWANAN – ROHAINOR BINTI MUZAMMIR
PENGUSAHA KEDAI MAKAN – MENJUAL BAKSO
| NAMA | ROHAINOR BINTI MUZAMMIR |
| UMUR | 30 TAHUN |
| AHLI | 2019 |
Latar belakang
Pn Rohainor merupakan pengusaha kedai makan Tuah Bakso dan di Felda Air Tawar 5.Beliau mengusahakan kedai ini bersama suaminya. Beliau baru membuka kedai ini selama 4 bulan namun pengalaman beliau telah hampir 2 tahun berniaga secara kecil kecilan sebelum ini membuatkan beliau membuka kedai makan sendiri. Pelanggan-pelanggan beliau merupakan penduduk di sekitar Felda Air Tawar 5.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pn Rohainor membuat promosi kedainya secara kreatif dengan membuat pendekatan menggunakan media sosial seperti Instagram dan Facebook serta kecil-kecilan sahaja iaitu melalui buah mulut penduduk setempat dan mengambil tempahan dari majlis-majlis penduduk setempat seperti kenduri kahwin, majlis perasmian dan kenduri kecil-kecilan. Pendapatan beliau dikatakan pada tahap sederhana dan hanya segelintir penduduk luar mengetahui mengenai Kedai makan tuah bakso ini. Kadar keuntungan kasar beliau sehari adalah RM 200.00 sahaja. Tahap penggunaan ICT beliau tahap sederhana sahaja dan tidak mengetahui cara mengiklankan kedai beliau kepada penduduk luar.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penglibatan program usahawan anjuran pusat internet dan lain lain agensi, beliau mempelajari ilmu baru yang banyak membantu beliau dalam mempertingkatkan kualiti dan kuantiti jualan. Akhirnya, beliau berjaya meningkatkan lagi pendapatan kedai makan beliau serta pelanggan yang hadir semakin hari semakin bertambah dari masa ke semasa. Pendapatan dalam sehari juga meningkat kepada RM600.00 sehari disebabkan oleh hasil transformasi yang dilakukan dalam pengurusan kedai makan terbabit membuatkan pelanggan beliau berpuas hati dengan menu makanan, pesekitaran dan khidmat mesra pelanggan yang diberikan.


