CELIK IT – JUAN DENISH BINTI MISWAN
PELAJAR SEKOLAH RENDAH
| NAMA | JUAN DENISH MUZAFFAR BIN MISWAN |
| UMUR | 11 TAHUN |
| AHLI | 2016 |
Latar belakang
Juan merupakan seorang pelajar sekolah rendah di Felda Air Tawar 5. Beliau telah berdaftar menjadi ahli Pusat Internet pada tahun 2016.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Juan hanya datang ke Pusat Internet untuk melihat kawan kawannya menggunakan kemudahan internet. Beliau tidak mahir menggunakan PC. Oleh itu, bapanya telah menghantar Juan untuk menyertai Bengkel perkakasan komputer dan kelas asas menaip.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas menyertai bengkel dan kelas yang dianjurkan oleh Pusat Internet, Juan telah mahir menggunakan komputer. Malah Juan juga tidak meminta bantuan kawannya semasa beliau menggunakan komputer.
KEUSAHAWANAN – MOHD SABRI BIN IBRAHIM
PENGUSAHA KEDAI MAKAN
| NAMA | MOHD SABRI BIN IBRAHIM |
| UMUR | 48 TAHUN |
| AHLI | 2019 |
Latar belakang
En Sabri atau lebih dikenali dengan Gopal Belangkas merupakan seorang usahawan yang mengusahakan kedai makan . Kedai makan tersebut merupakan kedai yang telah diusahakan bersama oleh beliau dan bapanya iaitu en Ibrahim. Beliau merupakan pengusaha kedai makan untuk menu sarapan dan makanan tengahari. Kedai makanan beliau sangat popular dengan menu belangkas. Kedai makan beliau dikenali dengan nama Kedai masakan kampung Ibrahim (Belangkas). Kedai beliau ini terletak dipersimpangan jalan Teluk Sengat.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum melibatkan diri dengan Pusat Internet, beliau tidak mempromosikan perniagaan beliau di laman sosial. Akan tetapi, selepas beliau menghadiri kelas komputer yang dilakukan oleh petugas Pusat Internet, membolehkan beliau mempromosikan kedai makanan secara atas talian.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penglibat di Pusat Internet, beliau mahir mempromosikan kedai makan beliau di media sosial terutama menu yang unik di kedai makannya. Secara tidak langsung, ianya telah menarik minat pengunjung untuk datang dan mencuba menu yang ada di sana serta pendapatan di kedai makan beliau juga semakin bertambah.
KEUSAHAWANAN – NUR FARHANA BINTI HARON
AGEN PRODUK VSL
| NAMA | NUR FARHANA BINTI HARON |
| UMUR | 20 TAHUN |
| AHLI | 2019 |
Latar belakang
Nur Farhana merupakan seorang ahli berdaftar di Pusat Internet Felda Air Tawar 5 sejak bulan Febuari 2019. Beliau sering mengunjungi ke Pusat Internet untuk melayari Internet. Berikutan itu, beliau menyuarakan hasrat untuk menyertai bengkel keusahawanan untuk menambah ilmu pengetahuan memandangkan beliau merupakan agen Produk VSL. Oleh itu, beliau perlu memahirkan diri beliau dalam dunia perniagaan online ini.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT, Nur Farhana hanya mempromosikan produknya kepada kenalan dan keluarga terdekat sahaja. Beliau kurang menggunakan media sosial seperti Instagram dan Facebook untuk mengembangkan perniagaannya ini.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mengikut program yang telah di anjurkan di Pusat Internet, pengetahuan Nur Farhana lebih meluas dan pandai menggunakan media sosial untuk mempromosi produk. Beliau juga mempelajari cara mempromosi produk menggunakan Whatsapp, Instagram dan Facebook serta mempromosi produk ke dalam MyShop di Dashboard Komuniti.





