USAHAWAN – NURULHIDAYAH BINTI ESA
HOME FACIAL MOBILE SPA
| NAMA | NURUL HIDAYAH BINTI ESA |
| UMUR | 26 |
| AHLI | 2017 |
Latar belakang
Hidayah merupakan seorang usahawan yang telah mendapat bimbingan keusahawanan di Pusat Internet Felda Air Tawar 5. Beliau menjalankan perniagaan perkhidmatan ‘Home Facial Mobile Spa’ di mana Hidayah akan ke rumah pelanggan untuk memberi perkhidmatan kecantikan wajah. Beliau telah menjalankan perniagaan ini sejak awal tahun 2017 sehingga kini.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau mengambil masa lebih kurang 3 bulan untuk memperkenalkan perkhidmtaan spa beliau kepada masyarakat setempat. Pada mulanya, perkhidmatan beliau hanya dikenali oleh rakan-rakan dan saudara mara. Pendapatan bulanan juga tidak menentu dan mengakibatkan beliau pernah berasa putus asa dalam perniagaan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Menyedari penggunaan internet yang semakin meluas, beliau mula mendapat tunjuk ajar penggunaan internet sebagai medium mempromosikan perniagaan beliau. Hidayah telah membuka akaun Facebook page dan Instagram supaya perniagaan beliau lebih dikenali ramai. Hidayah juga menggunakan aplikasi Whatsapp untuk memudahkan menerima tempahan slot dari pelanggan. Penggunaan internet amat membantu Hidayah dalam mengembangkan perniagaan beliau. Kini beliau bukan sahaja menerima pelanggan dari jiran tetangga tetapi juga di luar kawasan. Pendapatan beliau juga kini semakin bertambah.


