Pusat Sebaran Maklumat Nasional mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal komuniti kami. Pusat Sebaran Maklumat Nasional merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd. Pusat Sebaran Maklumat Nasional Felda Air Tawar 5 ditubuhkan pada Mei 2014. Bangunan asal Pusat Sebaran Maklumat Nasional ini adalah Bangunan Balairaya Felda Air Tawar 5, Namun demi kepentingan penduduk kampung ini, Pusat Sebaran Maklumat Nasional ditubuhkan di bangunan ini. Akhirnya, penduduk kampung dapat memanfaatkan kewujudan Pusat Sebaran Maklumat Nasional ini.
OBJEKTIF PUSAT EKONOMI DIGITAL
- Memberi kemudahan Capaian internet kepada penduduk tempatan dan sekitarnya.
- Memberi Pendedahan kepada komuniti berkaitan komputer dan teknologi maklumat.
- Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial komuniti melalui kemudahan yang telah di sediakan serta aktiviti yang di jalan di Pusat Internet 1Malaysia.
- Merapatkan jurang digital komuniti luar bandar .
- Membantu Menaiktaraf sosioekonomi komuniti luar bandar
PERKHIDMATAN YANG DI SEDIAKAN DI PUSAT EKONOMI DIGITAL
- Kemudahan Komputer dan Internet
- Penggunaan Wifi
- Mencetak (printing)
- Mengimbas (scanning)
- Kelas ICT
- Fotostat
- Liminating
- Binding
PERATURAN PUSAT EKONOMI DIGITAL FELDA AIR TAWAR 5






