CELIK IT – NURAMALINA ATIQAH BINTI AZMI
PELAJAR LEPASAN SEKOLAH
|
NAMA |
NURAMALINA ATIQAH BINTI AZMI |
|
UMUR |
18 TAHUN |
|
AHLI |
2015 |
Latar belakang
Pelajar ini telah menyertai kelas Microsoft office yang dianjurkan oleh PI Felda Air Tawar 5. Tujuan pelajar ini menyertai kelas yang dianjurkan adalah untuk mengisi masa lapang dan memantapkan kemahirannya dalam bidang ICT.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pelajar hanya tahu penggunaan asas dalam komputer sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penglibatan di PI1M, pelajar ini dapat menguasai komputer dengan baik. Beliau juga dapat menyelesaikan kerja-kerja sekolahnya akan datang dengan mudah melalui pembelajaran ICT.
USAHAWAN – NURNAJIHA BINTI AZRIN
EJEN DROPSHIP
|
NAMA |
NURNAJIHA BINTI AZRIN |
|
UMUR |
18 TAHUN |
|
AHLI |
2015 |
Latar belakang
Nurnajiha merupakan seorang pelajar lepasan SPM dan kini sedang menunggu tawaran untuk sambung belajar di institute pengajian awam. Sementara menanti tawaran peluang menyambung pelajaran , beliau telah mengiatkan diri menjadi agen dropship bagi mendapatkan pendapatan di masa lapang memandangkan beliau tidak perlu mengeluarkan modal dalam berniaga.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Nurnajiha telah mendapatkan pandangan kepada petugas PI tentang perniagaan dropship dengan lebih terperinci. Memandangkan sokongan dan pandangan daripada petugas, beliau telah menggunakan kemudahan PI ini untuk keperluan ICT . Beliaujuga kerap berkunjung untuk mendapatkan kemudahan internet untuk online permohonan melanjutkan pelajaran , mencari sumber maklumat dan lain-lain yang boleh diperolehi dengan berinternet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Penglibatan beliau dengan aktiviti PI Felda Air Tawar 5 kini memberikannya peluang untuk mendapatkan pendapatan sampingan iaitu sebagai agen dropship .Dengan bantuan dan tunjuk ajar daripada petugas PI ini memudahkan lagi urusan beliau disamping mendapatkan pandangan mempromosikan barangan dropship ini. Pendapat drophip ini bergantung pada promosi dan jualan. Dan sedikit sebanyak beliau dapat menjana pendapatan RM 250-RM400 sebulan.
USAHAWAN – SARIYANTI BINTI SAHARI
EJEN DROPSHIP
|
NAMA |
SARIYANTI BINTI SAHARI |
|
UMUR |
36 TAHUN |
|
AHLI |
2017 |
Latar belakang
Pn Sariyanti merupakan seorang peniaga bakeri (homemade). Beliau memulakan perniagaan sekitar tahun 2014 dengan modal sendiri. Atas minat yang mendalam terhadap pembuatan roti, beliau memulakan perniagaan secara kecil-kecilan yang memfokuskan kepada jualan roti daripada rumah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT, Pn Sariyanti hanya mengetahui perkara asas mengenai ICT dan juga Internet sahaja. Beliau juga jarang menggunakan ICT dan internet untuk meluaskan perniagaan dan juga memasarkan produk jualannya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penggunaan ICT, Pn Sariyanti telah mula belajar cara menguruskan perniagaan dengan membuat halaman facebook perniagaannya sendiri dan juga menjual produknya melalui laman sosial facebook. Antara produk beliau yang popular adalah roti gendon.
Pn Sariyanti juga telah menyertai kelas keusahawanan asas iaitu mempelajari Microsoft Words dan memuat naik produk ke dalam aplikasi MyShop Dashboard Komuniti.









