CELIK IT – MUHAMMAD NAZMI ALIF BIN MOHD NAJIB
PELAJAR SEKOLAH RENDAH
| NAMA | MUHAMMAD NAZMI ALIF BIN MOHD NAJIB |
| UMUR | 15 TAHUN |
| AHLI | 2015 |
Latar belakang
Nazmi Alif telah menjadi ahli di Pusat Internet pada 24 Febuari 2017. Beliau merupakan seorang pelajar sekolah menengah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pelajar ini datang ke PI untuk menyiapakan tugasan sekolah yang telah diberikan oleh cikgunya. Akan tetapi beliau tidak mahir menggunakan aplikasi yang ada di komputer. Oleh itu, pelajar ini menyertai kelas Microsoft office yang dianjurkan oleh petugas PI.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah menyertai kelas yang dianjurkan, pelajar ini dapat menggunakan aplikasi komputer dengan baik. Selain itu, pelajar ini aktif menyertai segala aktiviti yang dianjurkan di Pusat Internet.
KEUSAHAWANAN – NURUL NORAZILA BINTI MOHD ROSLI
MENJUAL BANTAL FLENAZ
| NAMA | NURUL NORAZILA BINTI MOHD ROSLI |
| UMUR | 32 TAHUN |
| AHLI | 2018 |
Latar belakang
Pn Nurul Norazila merupakan seorang anak peneroka di kawasan Felda ini. Beliau seorang surirumah. Sebelum ini beliau pernah berkerja di Pusat dialisis di kawasan Johor Bahru. Penglibatan beliau dalam perniagaan ini bermula apabila beliau membeli bantal flenaz dan menjadi agent bantal di kawasan penempatannya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pn Nurul baru menceburi bidang perniagaan ini. Beliau tidak mempunyai pengalaman dalam perniagaan. Oleh itu, beliau telah diperkenalkan oleh rakannya untuk mempelajari asas keusahawanan di Pusat Internet. Memandangkan sokongan dan pandangan daripada petugas, beliau telah menggunakan kemudahan Pi1M ini untuk keperluan ICT . Beliau juga kerap berkunjung untuk mendapatkan kemudahan internet untuk, mencari sumber maklumat dan lain-lain yang boleh diperolehi dengan berinternet
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Penglibatan beliau dengan aktiviti Pi1M Felda Air Tawar 5 kini memberikannya peluang untuk mendapatkan pendapatan sampingan iaitu sebagai agen penjual bantal .Dengan bantuan dan tunjuk ajar daripada petugas Pi1M ini memudahkan lagi urusan beliau disamping mendapatkan pandangan mempromosikan bantalnya.
KEUSAHAWANAN – KHAIRUNNISAH BINTI SHARIF
MENJUAL ANEKA KEREPEK
| NAMA | KHAIRUNNISAH BINTI SHARIF |
| UMUR | 47 TAHUN |
| AHLI | 2017 |
Latar belakang
Pn Khairunnisah merupakan seorang anak peneroka di Felda Air Tawar 5. Beliau berusia 47 tahun. Beliau telah mewarisi perniagaan aneka krepek ini daripada ibunya. Perniagaan Pn Khairunnisah sememangnya di kenali oleh penduduk tempatan di Felda Air Tawar 5. Akan tetapi beliau ingin memajukan perniagaannya sehingga diketahui oleh penduduk kawasan luar.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum ini, Pn Khairunnisah hanya menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan dan menghasilkan kerepek apabila mendapat tempahan. Pada peringkat ini, tempahan beliau hanya terarah pada sahabat handai dan penduduk tempatan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pn Khairunnisah bertekad untuk memajukan pernigaannya. Oleh itu, beliau telah mengikuti Bengkel-bengkel usahawan yang telah dianjurkan termasuk bengkel di Pusat Internet. Dengan bengkel yang diadakan, sedikit sebanyak beliau didedahkan dengan teknik-teknik pemasaran dengan betul. Akhirnya, perniagaan Pn Khairunnisah dikenali oleh penduduk luar serta tempahan kerepeknya semakin banyak dan pendapatan juga bertambah.


