CELIK IT – MUHAMMAD FAKHRI BIN JAFREY
PELAJAR SEKOLAH RENDAH
| NAMA | MUHAMMAD FAKHRI BIN JAFREY |
| UMUR | 15 TAHUN |
| AHLI | 2014 |
Latar belakang
Peserta kali ini bernama Muhammad Fakhri Bin Jafrey berusia 15 tahun. Beliau telah menajdi ahli sejak tahun 2014 lagi.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum ini, Fakhri hanya datang ke Pusat Internet untuk menggunakan perkhidmatan seperti penggunaan internet, printing dan fotostat.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Fakhri telah berjumpa dengan petugas Pusat Interent untuk mempelajari komputer. Beliau ingin mengisi masa lapangnya disamping memahirkan penggunaan komputer.
KEUSAHAWANAN – AISYAH BINTI SARIMIN
MENJUAL AIS BLEND
| NAMA | AISYAH BINTI SARIMIN |
| UMUR | 32 TAHUN |
| AHLI | 2018 |
Latar belakang
Puan Aisyah merupakan seorang menantu di kawasan Felda Air Tawar 5. Beliau mengisi masa lapangnya dengan menjual pelbagai jenis ais blend.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau menjual ais blend di hadapan rumahnya dan pelanggan yang membeli hanya berdekatan dengan rumahnya sahaja. Pendapatan hasil perniagaan juga kadang-kadang tidak memberi pulangan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau mempromosikan ais blend menerusi facebook, dashboard, whatssup dan lain-lain. Dimana, dahulu beliau tidak pandai menggunakan dan memanfaatkan penggunaan kebaikan handphone. Tetapi setelah beliau mengikuti pelbagai jenis khursus yang dianjurkan oleh pihak Pusat Internet, beliau lebih maju kehadapan dan lebih celik it. Pelanggan beliau semakin bertambah. Beliau juga sudah mempunyai gerai sendiri.
KEUSAHAWANAN – MOHD ZUL HAFIZ BIN SUMATI
MENJUAL KUIH DERAM
| NAMA | MOHD ZUL HAFIZ BIN SUMATI |
| UMUR | 28 TAHUN |
| AHLI | 2018 |
Latar belakang
Encik Zul Hafiz menjalankan perniagaan secara kecil kecilan sejak 2 tahun yang lalu. Pada awalnya beliau hanya membantu kakaknya berniaga kuih di kawasan Felda Air Tawar 5. Tetapi dengan minat yang ada, beliau memfokuskan kuih deram sebagai peniagaanya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum ini, beliau sukar untuk mempromosikan kuih deram beliau kerana tiada pengetahuan di dalam ICT dan juga penggunaan Internet untuk memasarkan produk.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Air Tawar 5, beliau kini semakin mahir menggunakan facebook, whatsapp dan dashboard komuniti dalam mempromosi kuih deram dan telah meningkatkan lagi tempahan pelanggan terhadap kuih deram yang dihasilkan oleh beliau.


