CELIK IT – AHMAD FARIZ DANIEL BIN MAT SENI
PELAJAR SEKOLAH RENDAH
| NAMA | AHMAD FARIZ DANIEL BIN MAT SENI |
| UMUR | 11 TAHUN |
| AHLI | 2014 |
Latar belakang
Ahmad farez Daniel merupakan ahli di Pusat Internet yang telah berdaftar pada 10 Oktober 2014. Pelajar ini telah datang ke Pusat Internet untuk belajar asas Microsoft office. Tujuan utama pelajar ini menyertai kelas yang dianjurkan adalah untuk memudahkannya melakukan tugasan sekolah yang telah diberikan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pelajar ini tidak tahu menggunakkan Microsoft office. Kebanyakan tugasan sekolah yang perlu dicari di internet atau menggunakan microsft office, beliau hanya meminta petugas atau kawan-kawannya melakukannya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas diajar oleh petugas, pelajar ini dapat memahirkan diri menggunakan Microsoft office. Petugas telag mengajar asas menaip untuk memantapkan kemahiran menaip kepada pelajar.
USAHAWAN – SUZANA BAKHTIAR BINTI AFFENDY
MENJUAL MAKANAN
| NAMA | SUZANA BAKHTIAR BINTI AFFENDY |
| UMUR | 31 TAHUN |
| AHLI | 2018 |
Latar belakang
Suzana merupakan komuniti yang baru berpindah di Felda Air Tawar 5. Beliau menjalankan perniagaan makanan secara kecil-kecilan. Makanan yang dijual akan diletakkan di kedai-kedai. Pada mulanya pendapatan suzana amat sedikit kerana beliau tidak mempromosikan makanan tersebut. Makanan yang diletakkan di kedai-kedai juga kadang kala tidak habis dijual.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Suzana bersama rakannya telah datang ke Pusat Internet untuk menggunakan perkhidmatan internet di sini. Petugas Pusat Internet telah memperkenalkan Suzana dengan Kelas dan aktiviti yang ingin dianjurkan. Di situ bermula pengetahuan Suzana tentang selok belok perniagaan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Dengan hasil pembelajaran di Pusat Internet, Suzana telah pandai mempromosikan makanannya di aplikasi whatsup dan Facebook. Beliau membuat sistem pra pesanan untuk produknya. Dari situ, makanan yang dijualnya mendapat sambutan dan pendapatannya juga bertambah.
USAHAWAN – SUZANA BAKHTIAR BINTI AFFENDY
MENJUAL SERBUK ASAM HOMEMADE
| NAMA | ROSLINA SAFIAI |
| UMUR | 41 TAHUN |
| AHLI | 2017 |
Latar belakang
Pn Roslina merupakan anak peneroka. Beliau menjalankan perniagaan menjual jambu batu potong. Disamping itu juga, beliau mejual serbuk asam (homemade) yang dibuatnya sendiri. Beliau hanya menjual serbuk asam itu digerai kecilnya. Pendapatan beliau juga hanya bergantung kepada jualan yang hanya di gerainya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT, Pn Roslina tidak tahu cara memasarkan produk serbuk asamnya. Beliau telah datang ke Pusat Internet untuk menyertai aktiviti yang disediakan. Di situ, beliau diperkenalkan dengan sistem Myshop. Beliau mula memperkenalkan produknya di situ. Selain itu juga, beliau di ajar cara mempromosikan produk di facebook dan whatsup.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penglibatannya di Pusat Internet, beliau mendapat banyak tempahan serbuk asam dari peniaga-peniaga kecil yang menjual buah-buah potong. Selain itu komuniti setempat juga membeli serbuk asam daripadanya.


