USAHAWAN ONLINE – SHARIL BIN BUANG
MENJUAL CECAIR PENCUCI TANDAS
| NAMA | SHARIL BIN BUANG |
| UMUR | 41 TAHUN |
| AHLI | 2014 |
Latar belakang
En Sharil merupakan seorang belia yang sangat aktif di Felda Air Tawar 5. Beliau juga merupakan seorang usahawan yang menjual pencuci tandas. Akan tetapi perniagaan beliau lebih kepada mulut ke mulut. Selain itu juga, beliau hanya menumpangkan produk beliau di kedai-kedai di sekitar Felda Air Tawar 5.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Disebabkan En Sharil tidak didedahkan dengan penjualan melalui atas talian, produk beliau kurang mendapat sambutan. Beliau telah datang ke Pusat Internet untuk meghadiri bengkel usahawan yang telah di anjurkan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas beliau menghadiri bengkel yang dianjurkan, En Sharil dapat memajukan perniagaannya melalui online. Pendapatan beliau juga bertambah selepas beliau mempromosikan produk secara online.Selain itu juga, beliau dapat mempromosikan produknya di dalam My shop.
USAHAWAN ONLINE – NORLELA BINTI SHAHRAN
ANEKA MEE GORENG
| NAMA | NORLELA BINTI SHAHRAN |
| UMUR | 39 TAHUN |
| AHLI | 2017 |
Latar belakang
Pn Norlela merupakan seorang peniaga pasar malam yang mejual aneka mee goreng. Beliau telah datang ke bengkel usahawan yang telah dianjurkan oleh pihak Pusat Internet 1Malaysia. Beliau menyertai bengkel ini kerana ingin belajar pemasaran secara online.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan beliau dalam perniagaan online ini, beliau haya berniaga di tapak pasar malam yang disediakan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas beliau menghadiri bengkel yang dianjurkan, beliau membuka tempahan melalui facebook dan WhatsApp. Beliau juga membuka tempahan sekiranya terdapat tempahan daripada majlis kenduri. Pendapatan beliau juga bertambah selepas beliau menghadiri bengkel yang dianjurkan.
CELIK IT – MUHAMMAD ZAFRAN BIN RUSLAN
ASAS KOMPUTER DAN MENAIP
| NAMA | MUHAMMAD ZAFRAN BIN RUSLAN |
| UMUR | 11 TAHUN |
| AHLI | 2015 |
Latar belakang
Pelajar ini berusia 11 tahun dan ingin belajar komputer untuk memudahkannya dari segi pembelajaran pada masa akan datang.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum pelajar mengikuti kelas komputer, pelajar tidak pernah belajar menggunakan komputer dalam pembelajaran. Oleh itu, agak sukar untuk pelajar memahaminya dengan lebih cepat.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penglibatan di PI, pelajar ini dapat menguasai komputer dengan baik. Beliau juga dapat menyelesaikan kerja-kerja sekolahnya akan datang dengan mudah melalui pembelajaran ICT.


