USAHAWAN ONLINE – SYARINA BINTI ISMAIL
MENJAHIT BAJU
|
NAMA |
SYARINA BINTI ISMAIL |
|
UMUR |
37 TAHUN |
|
AHLI |
2015 |
LATAR BELAKANG
Pn Syarina merupakan seorang cikgu literasi Felda Air Tawar 5. Namun, dalam masa yang sama beliau juga merupakan seorang tukang jahit.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI1M
Sebelum ini pendapatan Pn Syarina sebagai seorang tukang jahit tidak begitu memuaskan kerana kurang hebahan. Namun begitu, selepas beliau menghadiri kelas keusahawanan di Pusat Internet 1Malaysia Felda Air Tawar 5, beliau menerima banyak tempahan jahitan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Selepas penglibat ICT di PI1M, Pn Syarina telah mendapat tempahan dari komuniti setempat dan juga luar seperti di Bandar Penawar dan Felda-felda berdekatan.
USAHAWAN ONLINE – NORAINI BINTI PERANG
MENJUAL PRODUK HAI-O
|
NAMA |
NORAINI BINTI PERANG |
|
UMUR |
43 TAHUN |
|
AHLI |
2017 |
Latar belakang
Pn Noraini baru berjinak dengan perniagaan. Beliau menjual produk Hai-O secara kecil-kecilan kepada jiran tetangga dan kenalan yang terdekat.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Beliau berniaga produk ini secara kecil-kecilan, dari mulut ke mulut tanpa promosi yang meluas.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Pn Noraini, ,menyertai kelas keusahawanan yang diajar oleh petugas Pusat Internet 1Malaysia Felda Air Tawar 5. Sedikit sebanyak beliau mempelajari asas-asas perniagaan dan beliau juga mempelajari cara mengedit gambar.

CELIT IT – MUHAMAD FUAD FAIZAL BIN RASHDAN
ASAS KOMPUTER DAN MENAIP
|
NAMA |
MUHAMAD FUAD FAIZAL BIN RASHDAN |
|
UMUR |
15 TAHUN |
|
AHLI |
2015 |
Latar belakang
Peserta ini merupakan seorang pengguna di Pusat Internet 1Malaysia Felda Air Tawar 5 dan telah mendaftar menjadi ahli pada tahun 2015. Beliau juga merupakan seorang pelajar Sekolah Menengah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Pelajar ini telah datang ke Pusat Internet 1Malaysia Felda Air Tawar 5 untuk menyertai kelas yang disediakan. Ini kerana, pelajar ini tidak mahir menggunakan komputer terutamanya Microsoft office. Oleh itu beliau ingin mempelajarinya memandangkan beliau pelajar sekolah dan pembelajaran ini amat penting baginya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Selepas mengambil kelas komputer di Pusat Internet 1Malaysia Felda Air Tawar 5, pelajar dapat menguasai pembelajaran Microsoft Office dengan mudah. Modul latihan yang diberikan amat membantu peserta dan memudahkan peserta untuk mempelajari dengan cepat.

