mcmc
Rekreasi & Pelancongan

Desaru Coast Adventure Waterpark

16667 jjmDRKb9DqC7nxDk 4

Tarikan terbaru di negeri Johor di kawasan Penawar Kota Tinggi merupakan taman tema air yang dikatakan terbesar di Malaysia ini boleh menampung sehingga 12,000 pengunjung setiap hari dengan 20 tarikan permainan berbeza.

Berkeluasan 8.49 hektar, ia memiliki sebuah pantai yang mengandungi 4 juta gelen air.

Malah, pantai tersebut berkeupayaan menghasilkan gelombang ombak setinggi empat meter, menjadikan ia ombak buatan manusia yang terbesar di dunia.

Salah satu permainan ekstrem yang kami tawarkan ialah The Tempest, ia merupakan gelongsor dengan penurunan 24 kaki.Selain itu, terdapat juga kelas khas dari pukul 8 hingga 10 pagi untuk mereka yang ingin belajar meluncur ombak.

Taman tema air itu menempatkan 100 petugas keselamatan (lifeguards) yang sentiasa bersedia bagi menjamin keselamtan pengunjung.

Promosi pelancaran tidak rasmi itu menawarkan tiket pada harga RM75 untuk dewasa, RM56 (kanak-kanak) dan kemasukan percuma untuk mereka yang berusia tiga tahun ke bawah.

Harga normal selepas berakhirnya promosi ialah RM151 untuk dewasa, RM113 (kanak-kanak dan warga emas), dan percuma untuk kanak-kanak bawah tiga tahun.

Bagi pemegang MyKad pula, harga untuk dewasa adalah RM124, dan RM90 (kanak-kanak).

Khusus buat warga Johor, mereka turut memperkenalkan pas istimewa dengan bayaran RM271 untuk kemasukan tanpa had sepanjang tahun.