USAHAWAN – MASZILINA BINTI HJ SARDI
AGENT RICH GLOW
| NAMA | MASZILINA BINTI HJ SARDI |
| UMUR | 36 |
| AHLI | 2019 |
Latar belakang
Pn Maszilina Binti Hj sardi, ialah salah seorang usahawan baru di kawasan Felda Air Tawar 5. Dan beliau juga merupakan ahli di Pusat Internet sejak tahun 2019. Beliau baru mejadi agent untuk produk Rich Glow.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Bermula sebagai pengguna sahaja, beliau tertarik dengan keberkesanan produk ini dan terus menjadi agent untuk produk ini. Pada mulanya perniagaan beliau hanya tertumpu kepada kawan-kawan sahaja namun apabila melihat hasil jualan yang agak baik beliau menggunakan peluang yang ada dan menggunakan kemudahan yang ada di Pusat Internet seperti kemudahan peralatan komputer yang lengkap juga banyak membantu untuk beliau memasarkan produknya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Puan Maszilina mula memaksimumkan penggunaan media sosial yang beliau miliki untuk mempromosikan produknya dengan mengiklankan perkhidmatan secara online. Beliau juga mengemaskini dan berkongsi testimoni produk bagi menambah keyakinan pelanggan untuk membeli produknya. Beliau mempelajari teknik copywriting dan cara mengedit gambar di Pusat Internet.


