Tarikh : 10 November 2017
Masa : 9.00 Pagi – 5.00 petang
Peserta : Usahawan sekitar Felda Air Tawar 5
Tujuan
Program ini diadakan untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan golongan belia dan usahawan mikro. Para peserta akan diberi pendedahan kepada teknik pemasaran digital yang efektif, praktikal dan relevan kepada pengguna semasa..
Kebaikan/kelebihan aktiviti:
Para peserta akan didedahkan dengan teknik pemasaran digital yang merangkumi :
- Asas perniagaan
- Teknik pemasaran melalui media sosial seperti Facebook dan Instagram
- Teknik pemasaran melalui enjin carian seperti Google
- Teknik “close sales” melalui whatsApp
- Teknik membina website asas dan pemasaran melalui website
Aktiviti
- Penerangan teknik pemasaran
- Penerangan dashboard





